Assalamualaikum semua! Apa khabar imanmu? Harapannya
baik-baik sahaja. Baiklah berkenaan post pada kali ini, baru-baru ini di UIA
kami ada mengadakan diskusi bertajuk “Ya Hanana; Pahala atau Bahana”.
Pembentang tajuk itu memilih bahana kerana beberapa factor antaranya lirik
qasidah yang kadang-kadang meragukan. Ditakdrikan pula selepas itu ada seorang
junior bertanya kepada aku adakah lirik qasidah itu syirik atau tidak.
Sebagai
seorang pelajar di Maahad Tahfiz Imam Nawawi (http://jihadtegakislam.blogspot.com)
guru aku selalu memulakan kelas pengajian kitab dengan selawat dan
kadang-kadang berqasidah. Orang di sekeliling ramai yang menggelarkan kami ahli
bidaah, tempat korang mungkin tidak tetapi oleh kerana aku tinggal di negeri
darul bidaah eh darul sunnah Perlis maka perkataan ini aku dah sering
dengar. Baiklah aku bukan nak tekan bab negeri aku atau soal bidaah mahupun
wahabi tetapi apa yang aku ingin tekan dalam post kali ini ialah mengenai lirik
qasidah sendiri.
Dalam
beberapa post aku sebelum ini juga aku selalu menekankan satu perkara yang
menjadi asas kepada semua perkara ; ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu sudah
pasti kita dapat membezakan antara yang haq dan batil, antara yang betul dan salah,
dan antara sunnah dan bidaah. Jadi apa kaitan ilmu dengan lirik qasidah?
Pernahkah kita memerhatikan perkataan demi perkataan dalam qasidah itu? Aku
malas nak bahas bab mohon pertolongan daripada Nabi Muhammad yang ramai
golongan “AHLI SUNNAH SEJATI” haramkan itu.
Kita lihat
lirik-lirik yang lain seperti salah satu syair qasidah yang aku sangat suka
dengar iaitu Dhiya’u Al-Lami’. Boleh search The Shimmering Light di youtube. Di
dalam qasidah itu menyebut tentang sirah nabi bermula dari kelahiran baginda
dan perjalanan hidup baginda. Tetapi jika kita tidak pernah mengkaji semua
bait-bait qasidah ini sudah tentu kita tidak dapat mengambil iktibar
daripadanya lalu hanya menjadi seperti burung kakak tua.
Di dalam salah
satu bait Dhiya Al-Lami’ di sebut antara bukti kecintaan kepada nabi Muhammad
ialah mengetahui nasab baginda sehingga Manaf kalau tidak silap. Itu baru satu
bait, apa lagi yang terdapat dalam bait-bait lain? Menceritakan tentang saat
kelahiran insan paling mulia di atas muka bumi ini. Menceritakan tentang
tanda-tanda kenabian baginda. Qasidah ini ialah antara khazanah ilmu yang
ditinggalkan oleh para pencinta nabi. Semuanya lombong emas yang menunggu untuk
digali oleh pencinta ILMU.
Jadi apa yang
perlu kita semua buat? Cari ilmu, dapatkan ilmu, cintai ilmu supaya kita dapat
memahami semua bait-bait qasidah. Seperti yang aku katakan, qasidah kelihatan
syirik jika kita tiada ilmu mengenainya. “manusia cenderung memusuhi apa yang
ia tiada ilmu mengenainya”.
Apabila tiada
ilmu mengenai sesuatu bukan sahaja qasidah malahan Al-Quran juga boleh disalah
tafsir. Dua orang guruku ada menceritakan sebah cerita kepadaku tentang seorang
lelaki yang berkahwin dengan 10 orang wanita. Cerita ini riwayatnya
mutawatir haha.
kalau tidak salah
perkara ini memang benar-benar terjadi di Singapura. Apabila dipanggil ke
mahkamah dan bertanya mengapa dia menikahi 10 orang wanita dalam satu-satu masa
dia berkata dia telah merujuk kepada Al-Quran;
"Maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di
antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". (
Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
Dia berkata “aku
telah membaca ayat itu lalu aku berkahwin mengikut suruhan Al-Quran pertama
kali berkahwin aku menikahi 2 orang, kali kedua aku menikahi 3 orang, kali
ketiga aku menikahi 4 orang, dan akhir seklai aku menikahi seorang wanita. Maka
2+3+4+1 = 10. Nah aku telah membuktikan aku berkahwin mengikut Al-Quran.”
Akhirnya lelaki
tadi telah diterangkan mengenai tafsiran yang benar mengenai ayat itu dan dia
menceraikan 6 daripada isterinya.
Jadi
kesimpulannya lelaki tadi tidak mempunyai ilmu tentang penafsiran Al-quran maka
Al-quran telah disalah tafsir. Maka perkara yang sama juga berlaku pada
qasidah, jika kita tidak mempunyai ilmu tentang qasidah itu maka kita dengan
mudah akan menganggapnya syirik bidaah dan sebagainya. Maka saranan aku,
tuntutlah ilmu! Salam yeaw!