Assalamualaikum, moga sihat-sihat
belaka para pembaca. Tiba-tiba hati ini teringin nak menulis semula blog (sebab
cuti 3 bulan tak tahu nak buat apa yohoho). Jadi semasa sedang mencari idea
untuk menulis tiba-tiba teringat akan kisah tauladan yang diceritakan oleh guru
saya yang mulia iaitu Sheikh Nazrul Nasir Al Azhari. Kisah yang ingin saya
ceritakan ialah tentang seorang ulama yang bernama Abu Bakar. Bukan Abu Bakar
As-Siddiq tetapi Abu Bakar Al-Asim. Apa maksud Al-Asim? Al-Asim bermaksud pekak.
Maka beliau digelar Abu Bakar Yang Pekak. Kita kalau orang panggil pekak
agak-agak marah tak? Tentulah marah silap-silap tenggalung (bahasa utagha translation = tumbuk) kat situ jugak haha. Tetapi
panggilan itu tidak menjadikan beliau rendah atau hina sebaliknya lebih
meninggikan darjat beliau. Ingin tahu kisah beliau? Teruskan membaca.
Pada
zaman dahulu terdapat seorang ulama yang mengajar ratusan anak murid di
tempatnya. Nama beliau ialah Abu Bakar. Murid-murid beliau lebih mengenali
beliau dengan panggilan Abu Bakar Al-Asim(Abu Bakar Yang Pekak). Mengapa
dipanggil sebegitu kepada guru mereka? Hal ini kerana apabila di dalam kelas
pengajian pelajar beliau apabila ditanya soalan maka beliau akan berkata “kuatkan
suaramu aku tidak mendengar pertanyaanmu” selama 40 tahun beliau membuat begitu sehingga murid-murid beliau
sentiasa meninggikan suara jika ingin menanyakan soalan.
Tetapi
pada suatu hari apabila salah seorang
murid beliau meninggikan suara untuk bertanya tiba-tiba beliau berkata “tidak
perlu meninggikan suaramu aku boleh mendengar”. Murid-murid beliau
semuanya tercengang terkejut kerana selama 40 tahun beliau menyuruh mereka
meninggikan suara berlagak seperti pekak tetapi pada hari itu beliau tidak lagi
pekak. Maka murid-murid beliau bertanya mengapa beliau tidak lagi pekak?
Abu
Bakar memulakan ceritanya, “40 tahun dahulu, ada seorang wanita ingin
bertanya soalan kepadaku secara peribadi. Ketika dia sedang bertanya soalan dia
terkentut. Aku tahu pasti dia malu maka aku menyuruh dia meninggikan suara dan
berpura-pura seperti aku pekak dan tidak mendengar dia kentut (bahasa baik dia buang angin la). Tetapi
semalam dia sudah meninggal maka aku tidak lagi perlu berpura-pura pekak untuk
menutup malunya.”
Begitulah
kisah tauladan seorang ulama yang menjaga aib seorang pelajar beliau sehingga
sanggup berpura-pura pekak. Oleh sebab itu beliau dikenali dengan nama Abu
Bakar Al-Asim, walaupun gelaran yang diberikan kepada beliau bermaksud pekak
tetapi makna di sebalik gelaran itu sangatlah mulia.
Nabi
Salallahu Alaihi Wasallam bersabda “sesiapa
yang menutup aib/kesalahan orang Muslim maka Allah tutup aibnya di dunia dan
diakhirat” (HR IBNU MAJAH)
Kita mahu Allah tutup aib
kita jadi mengapa kita tidak menutup aib orang lain? Fikirkanlah yeaw
~Hokage Dakwah~
No comments:
Post a Comment