Assalamualaikum semua, hai! Apa
khabar? Anneyong sayong apa bala ntah sebutnya tuh haha. Okay berbalik
kepada topik kita pada hari ini tentang anjing. Apabila kita sebut anjing di
kepala kita akan terbayang najis mughallazah bukan? Ya benar anjing ialah antara
dua najis mughallazah (baca najis berat). Jadi mengapa tajuk post kali ini mari
jadi anjing? Adakah aku nak menyeru korang semua jadi najis? Sudah tentulah
tidak.
Untuk memahami lebih dalam tentang
post hari ini apa kata kita buat quiz sikit?
Apakah hukum membela anjing(mazhab
syafei)?
a)
Haram
b)
Harus
c)
Wajib
d)
Sunat
e)
Makruh
Maka sudah tentu jawapannya ialah
haram tanpa sebab-sebab yang digariskan oleh syara’.
Apakah sebab-sebab yang membolehkan kita membela anjing?
Terdapat 5 sebab yang digariskan syara’ iaitu
i.Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
Maka
secara umumnya kita boleh katakan anjing ini diangkat darjat daripada haram
kepada harus apabila kita MEMBERI ILMU kepadanya. Ilmu untuk menjaga harta,
ilmu untuk memburu dan ilmu-ilmu yang lain. Nampak tak permainan dia?
Apa yang
aku cuba bawa ialah anjing itu telah diangkat martabat daripada haram dibela
sehingga harus dibela kerana apa? Kerana ilmu! Maka begitulah juga manusia
seperti kita, kita juga akan dinaikkan darjat apabila kita berilmu. Tetapi masyarakat
pada hari ini makin jauh dari alim ulama, makin jauh dari taman-taman syurga,
makin jauh dari budaya mencintai ilmu. Kesannya ialah masyarakat makin jahil. Tidak
hairanlah kerana Islam itu asing dan akan kembali asing, orang yang mencintai
ilmu akan dianggap asing dan dilihat seolah-olah makhluk asing. Sebaliknya orang
yang mencintai dunia, bermain muzik sehingga lalai, memakai pakaian tidak
menutup aurat, melakukan maksiat, mereka inilah yang dianggap mulia dan tinggi
di sisi masyarakat.
Aku seru
semua pembaca termasuk aku sendiri, marilah kita sama-sama mencari ilmu,
marilah kita sama-sama menjadi golongan yang “asing”, marilah kita sama-sama
menjadi pencinta ilmu.
Konklusinya
(bajet ayat hebat haha) anjing pun menjadi mulia kerana ILMU jadi sudah
tentu manusia juga akan menjadi mulia dengan ilmu. Kita pada hari ini ghairah
mencari ilmu dunia tetapi apabila disebut ilmu akhirat, ilmu fardhu ain, ilmu
fardhu kifayah kita anggap cukup sekadar mendapat A dalam subjek Pendidikan
Islam semasa di sekolah rendah sedangkan ada kata-kata “menuntut ilmu itu dari
buaiyan sehingga lahad”. Anjing juga menjadi mulia kerana ilmu mengapa kita
ingin menjadi hina? Jadi mari menuntut ilmu yeaw!
~Hokage Dakwah~
No comments:
Post a Comment